06 January 2009

** pEnGeRtIaN **



Susahnya mencari teman sejati
Seperti mencari mutiara di lautan hindi
Mengapa kau berubah hati
Setelah semuanya kita hadapi
Mungkin silap aku sendiri
Mengasihi engkau sepenuh hati
Kerana engkau sering berjanji
Katanya perhubungan takkan di cemari
Kini hanya tinggal janji
Setelah semuanya kau ambil pergi
Di sini aku sering menahan diri
Melihat engkau bagai lupa diri
Ingin ku bersama bukan menguasai
Sedihnya niat ku di salah erti
Alasan di beri setiap hari
Hanya untuk meredakan situasi
Dulu aku kau tatang bagai puteri
Kini aku kau layan sesuka hati
Tiada kasih tiada harga diri
Kerana kau semuanya telah aku hadapi
Hairan sedikitpun kau tidak peduli
Seperti aku menagih simpati
Bukan mengharap tagih simpati
Hanya minta untuk di mengerti
Telah banyak aku korbankan diri
Hanya percaya kaulah teman sejati
Dulu aku kau sentiasa mencari
Tapi kini semuanya tiada lagi
Benarlah cinta manusia bukanlah hakiki
Seperti ombak datang dan pergi
Pinta ku cuma janganlah kau ulangi
Untuk mengisi ruang di hati
Seperti menambah koleksi peribadi
Wahai manusia bernama lelaki
Aku serik percaya lagi
Bukan maksudku melempar kau pergi
Janganlah kau salaherti lagi
Cuma meminta agar kau mengerti
Berikanlah aku peluang untuk kembali
Maafkanlah aku jika tersilap lagi
Menganalisa mu ikut firasat sendiri
Tapi aku percaya pada deria hati
Yang Allah kurniakan pada semua insani
Mata menilai kepada apa yang terjadi
Tetapi hati menilai dari bisikan nurani
Tepuklah dada tanyalah hati
Benarkah engkau kasihkan ku lagi
Aku percaya jawapannya tidak pasti
Kerana keadaan berbelah bahagi
Wahai teman, tak perlulah engkau menyiksa diri
Aku sekadar hendak menguji
Ku memohon agar engkau memahami ku sekali ini
Aku tidak mahu dengar apa-apa alasan lagi
Wahai teman wahai insani
Janganlah engkan memarahiku lagi
Bukanlah aku menuding jari
Aku masih sedar siapa diri ini
Siapalah engkau untuk aku perbaiki
Sedangkan diri terlalu banyak untuk di pelajari
Tiada guna kita berjumpa lagi
Jika hati tidak selari
Cukuplah sekadar menjaga tali
Apatah lagi bukan untuk memusuhi
Aku ingin mencari cinta sejati
Bukan cinta yang datang dan pergi


Ya Allah , berilah kekuatan di hati ini
Untuk aku berjuang demi harga diri
Izinkan ku mencintaiMu sepenuh hati
Aku tidak mahu terjatuh lagi
Ku sedar bahawa ujian takkan lupus hingga ke mati
Cuma kurniakanlah aku ketabahan yang tinggi..................

No comments:

Post a Comment