21 April 2009

~ KoNgSi bErSaMe ~

Biar Sekuat Mana Hatiku Menyintaimu,
Namun Aku Pohon Agar Tuhan
Melenyapkan Perasaan Itu
sekiranya Engkau Bukan Ditakdirkan Untukku..
Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya....
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di hadapan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.
Lelaki..
jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki..
jika seorang wanita menangis keranamu,
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis di hadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya...
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan...
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni,
penuh rasa sayang, Di hadapanmu dan keranamu?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana
dia menginginkan simpati atau rasa kasihan?
Dia menangis kerana menangis dengan
diam-diam tidaklah melegakan lagi.
Lelaki..
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu,
Inilah waktunya untuk melihat
apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya.........

2 comments:

  1. ermmm betul2... walaupon perempuan di katakan mudah mengalirkan airmata namun meti bersebab dan naluri wanita sgt lah lembut & halus...
    maka sgt senang utk merembiskan airmata..
    huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....

    saat ku menangis tiada siapa yg tahu...

    ReplyDelete
  2. yup..sgt n sugguh sdeh kan.hati menangis xsiapa yang tahu kan!juz kuatkan semangat jer..cari lah kehidupan sndr..

    ReplyDelete